Jurulatih Hafifi Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR - Tamparan demi tamparan diterima badang negara, Hafifi Mansor apabila kali ini dia mendapat khabar sedih pemergian guru pertamanya dalam sukan angkat berat, Mohd Shukri Talib, lewat malam kelmarin.

Khabar mendukacitakan itu hadir kurang 48 jam selepas dia digugurkan daripada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) susulan laporan kesihatan yang menyatakan tahap kecergasan prospek emas berkenaan masih belum pulih sepenuhnya.

"Semoga tenang di sana," tulis Hafifi dalam entri terbarunya di Facebook.

"Terima kasih kerana mendidik py (Hafifi) selama ini sampai menjadi yang terbaik di negara kita."

Menurut Hafifi, Mohd Shukri atau lebih dikenali dengan panggilan Poksu meninggal dunia secara mengejut dan mempunyai latar belakang menghidap kencing manis.

Mohd Shukri, 42, mula melatih Hafifi sejak berusia 12 tahun dan jenazahnya akan dikebumikan di Seberang Baruh, Kuala Terengganu, 10 pagi semalam.

Sumber: BH Online


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com