Jepun Terus Desak Hapus Senjata Nuklear


TOKYO - Jepun meraikan ulang tahun ke- 72 serangan bom nuklear pertama di Hiroshima, dengan pendirian negara itu terhadap senjata nuklear sekali lagi menjadi tumpuan.

Ulang tahun itu diadakan selepas Jepun memihak kepada negara kuasa nuklear dunia iaitu Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) yang bersetuju membubar Perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang penggunaan senjata nuklear walaupun mendapat kritikan kerana tidak mengendahkan realiti ancaman keselamatan dari negara seperti Korea Utara.

Jepun adalah satu-satunya negara yang menjadi mangsa serangan bom atom pada 1945.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ketika berucap pada majlis yang diadakan di Hiroshima Peace Memorial Park berkata, Jepun berharap untuk mendesak dunia agar tidak menggunakan senjata nuklear dalam apa saja cara yang dapat dipersetujui bersama oleh semua negara.

"Dalam usaha untuk memastikan dunia tanpa senjata nuklear, kita perlu pembabitan negara memiliki dan tidak memiliki senjata nuklear," katanya.

Katanya, Jepun komited untuk mengetuai masyarakat antarabangsa dengan menggalakkan kedua-dua pihak agar berusaha memusnahkan senjata nuklear tanpa merujuk kepada perjanjian PBB. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com