Isu RCI Memali: PAN Hilang Sokongan, HanyaTinggal 0.5 Peratus



ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (PAN) dijangka kehilangan sebahagian sokongannya disebabkan pendirian mereka yang tidak konsisten terhadap desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) menyiasat Tragedi Memali.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki sokongan semasa kepada PAN akan jatuh dari 1% kepada 0.5%, bukanlah sesuatu yang mustahil terutama selepas pendirian 'flip flop' mereka dalam isu brkenaan.
.
 Berdasarkan kajian Institut Darul Ehsan (IDE) seperti yang didedahkan oleh Prof Dr Mohd Nor Nawawi sebelum ini, sokongan semasa kepada PAN adalah di tahap 1%. Oleh sebab itu, dengan pendirian mereka yang celaru terhadap RCI Memali, sokongan terhadap PAN dijangka merudum kepada 0.5% selepas ini.

Sememangnya tragedi Memali merupakan sesuatu yang cukup terkesan kepada hati para pendokong PAS ketika itu, justeru ia amat sukar dipadamkam, kata Dr Mohd Zuhdi  yang dipetik dari Harakahdaily semalam.

Bagaimanapun, kata beliau,  sikap pimpinan utama PAN dan pemudanya yang memperkekehkan desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan RCI Memali, akan menyebabkan ahli-ahli mereka dari kalangan bekas-bekas pendokong PAS mula berfikir tentang kesahihan halatuju parti tersebut.

Menurunya, tulisan terbaru oleh Dr Kamarul Zaman Yusof dari Universiti Utara Malaysia yang mempertikaikan konsistensi para pimpinan PAN dalam menyuarakan pendirian mereka tentang tragedi Memali, dilihat menjadi 'wake up call' kepada para pimpinan PAN.

Mereka baru tersedar pendirian mereka mula menjadi bahan jenaka pelbagai pihak. Dulu mereka bermatian membela kematian Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya.

"Namun, sekarang mereka bertungkus lumus pertahankan 'ketua regim' yang berkuasa semasa berlaku pembunuhan tersebut. Sekarang mereka mula untuk 'patah balik' bila menyedari tembelang mereka telah dipecahkan oleh Dr Kamarul" katanya.

PPP yakin dengan pendirian 'flip flop' pimpinan PAN dalam isu RCI Memali ini akan membuka mata ahli-ahli mereka yang tiada kepentingan diri, untuk kembali semula kepada PAS.

Mereka sekali lagi telah melihat perjuangan PAN yang didakwa diwarisi dari generasi PAS yang awal, hanyalah cakap-cakap kosong. Seperti yang pernah diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, semakin ramai ahli-ahli PAN yang mula kembali kepada PAS.

Sebelum ini, Presiden PAS, Mohamad Sabu  menyerahkan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengulas mengenai   perkara itu termasuk mahu memohon maaf atau tidak.

PAN bagaimanapun membuat kenyataan terbaharu Rabu lalu bagi menyokong penubuhan RCI dan menyerahkan kepada suruhanjaya itu bagi merungkai kes berkenaan.-  Kedahnews.com







No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com