Inspektor Ditahan Hanya Berseluar Dalam Di Alor Setar


ALOR SETAR - Amat memalukan, seorang anggota polis berpangkat inspektor yang hanya berseluar dalam ditahan di dalam sebuah tandas wanita di sebuah pusat membeli-belah di Alor Setar.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan penahanan yang dilakukan pada tengah malam Isnin tersebut.

Lelaki yang hanya berseluar dalam itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam di dalam tandas wanita di tingkat empat pusat membeli-belah tersebut.

Setelah pihak polis melakukan pemeriksaan keatas dirinya mereka menjumpai ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.62 gram.

Lelaki tersebut kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, sebuah video tersebar menunjukkan seornag wanita berang terhadap lelaki tersebut dan mendakwa lelaki tersebut sedang merakam dirinya di dalam tandas.

Namun begitu, sehingga kini wanita terbabit masih belum membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.-Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com