Ibu Negara Sibuk Dengan Sukan SEA, 'Mat Rempit' Dah Mula Berpesta


KUALA LUMPUR - Ketika ibu negara sedang sibuk dengan  persiapan Sukan SEA ke 29,  samseng jalanan pula berpesta dan cuba menunjuk belang di jalan raya.

Namun keletah mereka tidak lama bertahan lama apabila hasil penyamaran dan risikan yang dibuat oleh Unit Risikan Dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ( JSPT) Bukit Aman malam tadi, berjaya memberkas 10 orang remaja dalam lingkungan 14 hingga 23 tahun kerana kesalahan merempit.

Sembilan orang ditahan bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara berbahaya dan berlumba sesama sendiri dengan membuat pelbagi aksi, manakala seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 108 (c) akta yang sama untuk memberi pernyataan palsu.

Sementara itu, lima lagi remaja ditahan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah methamphetamine.

Operasi Rimau Gempur Sea Games ini yang di lakukan di Lebuhraya Persekutuan dengan diketuai oleh ASP Zariman Ahmad bersama 50  anggota  peronda lebuhraya PLUS dan Agensi Anti dadah kebangsaan (AADK).

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com