Helikopter Mendarat Cemas, Tan Sri Dan Semua Penumpang Selamat


PORT DICKSON - Sebuah helikopter jenis Dauphin membawa enam individu termasuk seorang lelaki bergelar Tan Sri dan anaknya, mendarat cemas di padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas, Pasir Panjang, Port Dickson, jam 3.30 petang semalam.

Sumber berkata, kejadian itu berlaku apabila helikopter berkenaan bertembung dengan seekor burung helang yang menyebabkan cermin hadapan pecah, sekali gus mencederakan juruterbang.


"Helikopter berkenaan berlepas dari Danga Bay, Johor Bahru pada jam 2.15 petang semalam menuju ke Setapak, Kuala Lumpur, sebelum kejadian itu berlaku.

"Walaupun juruterbang mengalami kecederaan pada kepala, dia berjaya mengawal helikopter dan mendarat dengan selamat di padang sekolah berkenaan," katanya di sini, semalam.

Difahamkan, juruterbang serta anak Tan Sri itu yang cedera ringan dirawat di Hospital Port Dickson dan sudah dibenarkan pulang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitendan Zainudin Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com