Harga Mingguan Petrol Naik 4 Sen, diesel 6 Sen


KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 serta diesel meningkat berbanding minggu lalu, berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini bagi tempoh 3 hingga 9 Ogos.

Infografik laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan harga runcit petrol naik empat sen iaitu masing-masing kepada RM2.07 seliter bagi RON95 dan RM2.32 seliter untuk  RON97.

Harga runcit diesel pula naik enam sen kepada RM2.05 seliter.

Bagi minggu sebelum ini iaitu 27 Julai hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM2.03 seliter, RON97 (RM2.28 seliter) dan diesel (RM1.99 seliter). – Bernama

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com