Giant Tawar Harga Rendah Kepada Pelanggan Di Seluruh Negara Sehingga 31 Disember


RANGKAIAN Pasar raya Besar Giant melancarkan kempen LOL (Lock-On-Low) yang menawarkan harga rendah kepada pelanggan dengan potongan harga antara lima hingga 20 peratus bergantung kepada kategori barang.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd Pierre-Olivier Deplanck berkata, inisiatif itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada lebih 8 juta pelanggannya seluruh negara.

"Lebih 500 barangan yang kebanyakannya ada di dapur anda ditawarkan pada harga yang sangat rendah seperti barangan runcit, bayi dan makanan.

"Ia juga sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membantu pengguna menguruskan perbelanjaan mereka membeli pada harga rendah sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup.

"Kami juga gembira kerana dapat menyumbang menerusi cara ini dan menunaikan janji kami menyediakan hanya produk yang berkualiti pada harga berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kempen itu yang dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong di Pasaraya Besar Giant, Seksyen 13, Shah Alam, semalam.

Deplanck berkata, kempen berlangsung sehingga 31 Disember 2017 di 123 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak melibatkan pengurangan harga bagi barangan yang popular dan sering digunakan rakyat Malaysia.

Katanya, selain daripada harga rendah setiap hari, Giant juga akan memberikan tawaran hebat kepada pelanggan dalam tempoh kempen termasuk lebih penurunan harga untuk pembelian barangan secara borong.

Pada majlis sama, Giant turut mengumumkan seksyen barangan bayi yang diperbaharui iaitu Baby World, bagi memudahkan pengguna membeli belah.

"Bukan muda untuk seorang ibu untuk membeli barangan bayi sekirangan membawa anak kecil kerana sebelum ini ia diletakkan di seksyen yang berasingan.

"Jadi, Baby World ini umpama pusat sehenti yang menghimpunkan lebih 2,000 barangan bayi dan daripada jumlah itu 280 produk termasuk dalam kempen LOL yang pastinya dijual pada harga berpatutan," kata Pengarah Bahagian Peruncitan (Barangan Am) GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Lee Siew Mei.

Pelanggan boleh membeli pada harga rendah dengan merujuk kepada tanda kempen LOL yang diletakkan pada setiap rak barangan berkenaan.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com