Gempar! Pejabat Pendaftaran Mahkamah Kedah Dipecah Masuk


ALOR SETAR - Agak mengejutkan apabila dilaporkan bahawa pejabat pendaftaran sebuah mahkamah rendah di Alor Setar, Kedah dipecah masuk pada awal pagi semalam.

Menurut Pegawai Penyiasat Kanan Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner T.Segaran, kini siasatan sedang dijalankan oleh pasukan forensik bagi merungkai punca kejadian tersebut.

Dalam pada itu, kesemua kakitangan mahkamah terbabit dilarang sama sekali untuk menjejakkan kaki ke lokasi kejadian sehingga pasukan forensik selesai melakukan siasatan.

Seorang kakitangan yang bekerja di premis tersebut memaklumkan bahawa pejabat tersebut tidak menyimpan sebarang wang tunai.

Kejadian pecah masuk tersebut disedari oleh kakitangan yang tiba untuk menjalankan tugasnya pada hari bekerja iaitu pada hari Ahad. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com