Gempar Dugong Muncul Di Sebuah Kampung Di Sandakan


SANDAKAN - Penduduk di Kampung Sim-Sim, di sini, dikejutkan dengan kehadiran dugong di perairan berhampiran dengan perkampungan atas air itu.

Hidupan itu mula dilihat di perairan perkampungan atas air berkenaan Rabu lalu sebelum ada individu merakam video berkenaan dan dimuat naik ke media sosial.

Sehingga pagi kelmarin, dugong itu masih berada di lokasi terbabit.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan Hussien Muin berkata, sebaik menerima laporan daripada penduduk, pihaknya membuat pemantauan ke kawasan itu bersama Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU).

Katanya, kehadiran spesis itu juga sudah dimaklumkan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk tindakan selanjutnya.

“Menerusi perbincangan awal, UMS akan menghantar penyelidik untuk mengumpul data mengenai kehadiran dugong di kawasan ini, sebelum tindakan lanjut diambil.

“Laporan polis juga sudah dibuat bagi memaklumkan kehadiran spesis yang tersenarai dalam Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997,” katanya, kelmarin.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com