"Gaji Saya Hampir RM9,000 Pada 1998, Tapi Tak Cukup..!" - Ust. Abdullah Khairi


ALOR SETAR - Umat Islam di negara ini disarankan supaya meletakkan matlamat mencari keberkatan Allah SWT dalam hidup berbanding mengejar kekayaan bersifat duniawi yang akan membuat kita merasakan sentiasa tidak cukup dalam kehidupan seharian.

Menceritakan pengalaman hidupnya, Ustaz Abdullah Khairi berkata, beliau merupakan seorang bekas jurutera di sebuah kilang dengan gaji lumayan berjumlah hampir RM9,000 sekitar tahun 1998 dahulu.

Namun katanya, walaupun bergaji besar, beliau sentiasa merasa tidak cukup dengan pendapatan tersebut sedangkan ketika itu gaji sebanyak itu adalah antara yang tertinggi berbanding orang lain di zaman kemelesetan ekonomi negara.

"Dulu gaji saya gaji jurutera, masa tu tahun 1998. Saya berhenti, gaji saya masa tu dekat-dekat dengan RM9,000... Tapi tak cukup, tak cukup tuan-tuan.. rupanya mungkin tidak ada keberkatan," katanya dalam satu ceramah yang tular di laman sosial.

Melepaskan jawatan sebagai jurutera dan kemudian bertugas sebagai seorang guru yang hanya bergaji sekitar RM1,200 sebulan, beliau merasakan hidupnya mencukupi dengan nikmat yang diberikan Allah SWT sebagaimana orang lain.

"Rupanya, saya berhenti jadi jurutera, jadi guru, RM1,200.. cukup! Rupa-rupanya berkat, tuan-tuan

"Sebab itu dalam hidup kita, bukan cari duit yang banyak, bukan cari rumah yang besar, rupanya carilah keberkatan.

"Alhamdulillah, orang ada kereta saya pun ada kereta, orang ada rumah saya ada rumah, orang ada anak, saya ada anak enam. Alhamdulillah,.. sebab itu dalam hidup kita, sambil kita duduk fikir, fikirlah ada atau tidak keberkatan dalam hidup," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com