Exco Kesihatan Kedah Nafi, Kesal Kenyataan Semberono Chef Wan


ALOR SETAR - Exco Kesihatan Negeri Kedah, Dato' Dr. Leong Yong Kong meluahkan rasa kesal dan menafikan dakwaan chef selebriti, Chef Wan yang sebelum ini mendakwa kononnya tiada kemudahan dialisis yang disediakan di Hospital Langkawi.

Menurut beliau, terdapat 26 buah mesin dialisis di Hospital Langkawi yang aktif digunakan pesakit untuk mendapatkan rawatan, selain sebuah pusat dialisis syarikat swasta di pulau lagenda tersebut.

"Kemudahan dialisis di Pulau Langkawi boleh didapati di Hospital Langkawi dan sebuah lagi pusat dialisis swasta. Jumlah mesin yg ada di hosp Langkawi ialah 26 buah mesin.

"Pada masa sekarang, seramai 103 penghidap ESRF mendapat rawatan di Hospital Langkawi. Manakala pesakit yang berada di dalam senarai menunggu adalah seramai 13 orang di mana mereka masih belum lagi memerlukan dialisis secara regular," katanya kepada Kedahnews.com secara eksklusif, di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Justeru itu, Exco Kerajaan Negeri Kedah itu menegur Chef Wan supaya lebih bertanggungjawab dengan kenyataannya di khalayak umum dengan merujuk terlebih dahulu dengan pihak Hospital Langkawi untuk mendapat kepastian.

"Kenyataan Chef Wan di media sosial itu memang tidak tepat dan berunsur cuai. Beliau sepatutnya rujuk terlebih dahulu kepada Hospital Langkawi untuk mendapat penjelasan mengenainya.

Dr. Leong menjelaskan bahawa pusat dialisis swasta di Langkawi turut menyediakan sebanyak 6 buah mesin, namun yang mendapatkan rawatan di situ hanya melibatkan dua orang pesakit sahaja.

"Pusat dialisis swasta mempunyai 6 mesin dan bilangan pesakit yang mendpt rawatan hanya 2 orang sahaja.

"Rawatan untuk pesakit dialisis disubsidi sebanyak RM200 setiap sesi melalui SOCSO bagi pekerja yang mencarum. Untuk penjawat awam dan golongan pesara kerajaan, subsidi diberikan dalam jumlah yang sama bagi setiap sesi," jelasnya kepada Kedahnews.com.

Chef Wan sebelum ini mendakwa rakannya memberitahu tiada sebarang kemudahan pusat rawatan dialisis di Pulau Langkawi sehingga menyebabkan para pesakit terpaksa menjalani rawatan di Alor Setar atau Pulau Pinang.

Selain itu, chef terkenal itu juga seolah-olah cuba menjejaskan imej kerajaan kononnya "miskin", selain tiada hartawan yang sudi membantu pesakit dengan penyediakan mesin dialisis di pulau tersebut.
"My friend tadi kata di Langkawi tak ada dialysis center and patients need to go to Alor Star or Penang to do it.

"Wow that must have cost them a bomb to travel up and down jika kena 3 kali seminggu.

"With all this bragging of our country health system free itu dan ini i was shocked to hear this.

"Kasihan sungguh la org2 miskin yg tidak berkemampuan ini semua to prolong their life jika tak ada dialysis center and machine on the island.

"Jika kerajaan dah miskin pun tak ada ke hartawan2 di Negara ini can help to do so and set up a center in Langkawi?

"I am just shocked hearing this from my friend tadi," kata Chef Wan, sebelum meletakkan status instagramnya kepada mode "private", namun sempat di "printscreen" oleh pengguna media sosial yang lain.

Difahamkan, ekoran dari kenyataan tersebut, beliau secara tidak langsung mencetus imej tidak baik Hospital Langkawi dan pihak kerajaan yang mempengaruhi pada pengikut instagramnya itu.


Mengulas lanjut, Dr. Leong berkata, pihaknya turut menyediakan rawatan altenatif lain dan pusat dialisis di Hospital Langkawi itu dipantau oleh pakar nefrologi dari Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.

"Selain hemodialisis terdapat alternatif lain iaitu CAPD di mana pesakit dilatih dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

"Lawatan ke pusat dialisis Hospital Langkawi oleh pakar nefrologi dari Hospital Sultanah Bahiyah adalah 3 bulan sekali untuk tujuan follow-up assessment terhadap pesakit dialisis," jelas beliau secara terperinci. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com