Enam Anggota Polis 'Kaki Pau' Ditahan


KUCHING - Enam anggota polis di sini, Padawan dan Lundu ditahan malam tadi dan awal pagi semalam kerana dipercayai melakukan peras ugut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata mereka termasuk seorang Inspektor berumur 53 tahun dari Jabatan Pentadbiran IPK Sarawak ditahan di rumah dan tempat kerja mereka.

Beliau berkata tangkakan dibuat susulan laporan dua individu di Batu Kawa dan Sematan yang mendakwa para anggota tersebut memeras ugut mereka.

Kesemua mereka direman di Mahkamah Majistret Kuching pagi Rabu.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com