Dua Remaja 15 Tahun Ditemui Lemas Di Tali Air Di Bagan Datuk


BAGAN DATUK - Dua remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas selepas mandi-manda di sebatang tali air di Kampung Teluk Buluh, Batu 8 di sini srmalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Tuan Soh Tuan Lah berkata mayat pertama Mohd Harris Daniel, murid tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang ditemukan penduduk kampung pada pukul 12.10 tengah hari, di lokasi mereka dipercayai mandi.

"Anggota kita kemudiannya menemui mayat pelajar kedua Mohammad Haikal Sjukri pada pukul 4.04 petang, ketika melakukan selaman di dasar berdekatan dengan lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.12 pagi dan sejumlah sembilan anggota daripada BBP Hutan Melintang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat itu.

"Kita turut memasang jaring di kunci air bagi mengelak mangsa hanyut," katanya.

Mayat dua remaja terbabit telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.- BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com