Cadang Mahu Jadikan DUN Kuala Ketil Kawasan Hab Ilmu al-Quran


ALOR SETAR - Kawasan Kuala Ketil  mendapat perhatian Barisan Nasional (BN) apabila pihaknya mahu menjadikan Dun tersebut sebagai hab ilmu al-Quran.

Ini bagi melahirkan lebih ramai golongan alim ulama dan usaha tersebut dimulakan dengan penganjuran Majlis Konvokesyen Huffaz Permata Al-Quran Kali Ke- 6 pada 18 dan 19 Ogos depan.

Penyelaras Dun Kuala Ketil, Datuk Khairul Azhar Abdullah berkata, majlis tersebut mendapat kerjasama dari kerajaan negeri, Yayasan Institusi Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran (Abada), Kuin, Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran) dan Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa).

Beliau berharap gabungan tersebut bakal merialisasikan impian murni dan suci itu.

“Kita juga ada jumlah sasaran tersendiri dalam melahirkan cendekiawan Islam sekali gus menjadikan Kuala Ketil sebagai pembekal ulama-ulama kepada seluruh negara,

“Kita mahu apabila sesiapa sahaja datang di Kuala Ketil, dia rasa macam datang ke Kelantan. Kita mahu Kuala Ketil menjadi serambi Makkah kedua,” katanya.

Majlis yang bertempat di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berkenaan dijangka akan dihadiri oleh 750 graduan huffaz dan menjangkakan kehadiran 10,000 alim ulama dari seluruh negara. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com