Budak 7 Tahun Positif Rabies Di Samarahan


BUDAK lelaki dari Kampung Kampung Kuala, di Samarahan disahkan positif rabies semalam.

Pesakit yang berusia tujuh tahun itu disahkan mengidap wabak itu selepas menunjukkan simptom 1 Ogos lalu.

Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, mangsa mengalami muntah, batuk dan demam sebelum dimasukkan ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, pesakit mempunyai sejarah digigit anjing pada 17 Jun lalu namun sudah tiga disuntik vaksin bermula 21 Julai lalu di Hospital Serian.

"Kesihatan pesakit mula menunjukkan kemerosotan selain perubahan sikap dan halusinasi sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada 3 Ogos lalu.

"Hasil ujian yang dijalankan hari ini mengesahkan pesakit positif rabies dan kini dalam keadaan kritikal serta memerlukan bantuan alat bantuan pernafasan," katanya kepada Harian Metro, malam tadi.

Katanya, sehingga hari ini, sebanyak 22 kawasan masing-masing di Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Kuching diisytiharkan kawasan jangkitan rabies.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sejarah digigit anjing digesa untuk mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin di hospital berdekatan.

Sehingga kini, lima mangsa rabies maut di Sarawak masing-masing empat kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa antara Jun hingga Julai lalu.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com