Bayi 7 Bulan Maut Ditimpa Runtuhan Dinding Rumah Di Johor


JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat parah di kepala selepas ditimpa runtuhan dinding rumah yang dirempuh sebuah kereta di Jalan Mesra 2, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Nurul Ain Farisha Md. Zainuddin sedang baring di ruang tamu rumahnya.

"Ibu mangsa yang sedang menghantar suaminya di hadapan pintu sempat melihat sebuah Hyundai Matrix dengan perlahan memasuki kawasan rumah mereka sebelum secara tiba-tiba kenderaan itu terus meluru masuk ke dalam kawasan rumahnya dan melanggar motosikal bapa mangsa serta dinding rumah itu.

"Rempuhan itu menyebabkan serpihan batu dinding rumah terjatuh di atas badan mangsa yang sedang baring di ruang tamu,"  katanya di sini semalam.

Dzulkhairi berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan pemandu kenderaan itu tertekan pedal minyak sistem automatik kenderaan itu sebelum sempat menukar gear undur.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini kira-kira sejam selepas kejadian. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com