Bangunan Tertinggi Didunia, Menara Torch Dubai Terbakar Lagi


MENARA Torch, bangunan kediaman tertinggi dunia terbakar awal hari semalam, namun semua penghuni sudah dikeluarkan dan tiada siapa dilapor cedera.

Kebakaran itu ialah yang kedua selepas menara setinggi 79 tingkat di daerah Marina itu terbakar pada 2015.

Menurut pihak berkuasa Dubai melalui Twitter, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran.

“Jabatan Pertahanan Awam berjaya mengosongkan bangunan dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran Menara Torch,” kata kenyataan itu. -REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com