Anifah Adakan Dialog TN50 Di Manila


KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengadakan dialog mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan warga Malaysia di Manila, Filipina, kelmarin.

Ia adalah acara TN50 kedua diadakan Anifah dengan warga Malaysia di luar negara dengan edisi pertama diadakan di London, United Kingdom pada 7 Julai lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra semalam, dialog perbincangan inklusif itu dihadiri lebih 70 warga Malaysia yang menetap di Filipina.

Peserta dialog antara lain berkongsi aspirasi agar warga Malaysia pada tahun 2050 dapat menjiwai satu identiti kebangsaan dan pada masa sama memelihara kepelbagaian budaya dalam masyarakat majmuk.

Mereka turut menekankan kepentingan program dan polisi nasional yang terangkum, tidak berdasarkan kaum.

Pada masa sama, Kementerian Luar Negeri dan Unit Khas TN50 juga menganjurkan pertandingan fotografi TN50 bertemakan "My Aspiration, My Future".

Pertandingan foto itu terbuka kepada rakyat Malaysia yang menetap di luar negara bemula dari 7 Julai hingga 30 September 2017.

Ia bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia di luar negara untuk berkongsi aspirasi Malaysia pada tahun 2050 melalui aplikasi lnstagram dan Twitter.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com