Aktiviti Pelancongan Perak Menurun Gara Wabak Rabies


IPOH – Kerajaan negeri tidak menafikan pewartaan mukim Matang sebagai kawasan dijangkiti wabak rabies memberi kesan kepada kedatangan pelancong khususnya di  Kuala Sepetang.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pihaknya tidak mempunyai angka tepat kemerosotan jumlah pelancong ke kawasan itu bagaimanapun berlaku penurunan mendadak.

Menurutnya, walaupun diwartakan selama dua tahun, pengumuman dari semasa ke semasa tentang situasi terkini dapat mengurangkan kebimbangan pengunjung ke Kuala Sepetang.

“Operator atau penggiat aktiviti pelancongan diminta bersabar bersabar pada masa sama, memaklumkan tentang penyakit itu kerana kawasan itu sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negeri,” katanya selepas merasmikan MITM Travel Fair 201, di Ipoh Parade, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Nolee Ashilin optimis Perak akan mencapai 8 juta kehadiran pelancong domestik  sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Tambahnya, beliau berharap agen pelancongan dan pemain industri bergabung untuk mempromosikan negeri Perak selain menawarkan pakej pelancongan ke luar negara.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com