Akhirnya Wany Hasrita Miliki Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan


BERGELAR anak seni bukanlah sesuatu perkara yang mudah jika terikat dengan komitmen lain. Bagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk Wany Hasrita tidak menamatkan pembelajarannya.

Penyanyi dengan nama penuh Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu akhirnya berjaya menggengam ijazah sarjana muda Sains Perubatan di Management & Science University (MSU) di Shah Alam, kelmarin.

“Alhamdulillah syukur, akhirnya saya konvo jugak sekali gus dengan rasminya berjaya memegang segulung ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Perubatan,” katanya.

Wany, 25, yang popular menerusi lagu Menahan Rindu ini juga turut berkongsi detik-detik bersejarah tersebut di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar-gambar yang lengkap berpakaian konvokesyen.

Wany juga dikatakan mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana kelak.


“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya akan tetap sambung pengajian ke peringkat sarjana namun bukanlah dalam waktu terdekat ini,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar.

Penyanyi yang sedang meningkat naik ini juga menegaskan penangguhan hasrat untuk menyambung pengajian adalah kerana dia harus menyelesaikan misi-misi yang tertangguh sekali gus menepis dakwaan yang katanya dia sudah leka dengan industri.

“Saya akan tetap sambung pelajaran, namun saya harus menyelesaikan beberapa projek dan perancangan yang sudah diatur di dalam jadual.

“Justeru untuk tidak menganggu fokus, saya akan selesaikan ia satu persatu,” ujarnya.

Laman Instagram Wany juga dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat-peminatnya dan mendoakan agar dia terus berjaya dalam apa yang dilakukan.

Tambahnya lagi, pelajaran amat penting baginya kerana dia tidak boleh mengagak sampai bila dia masih boleh menempa nama di dalam bidang seni tanah air. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com