Ajal Elak Kucing Melintas



SARIKEI - Seorang lelaki maut selepas Toyota Vios dipandunya terbabas ketika cuba mengelak kucing yang melintas di Kilometer 1, Jalan Repok, jam 7 malam Khamis.

Lennon Wong King Teck, 20, disahkan mati ketika dirawat di Hospital Sarikei.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintendan Mat Jusoh Mohamad berkata, ketika kejadian, mangsa bersama rakan lelaki berusia 19 tahun dalam perjalanan menuju ke bandar Sarikei.

“Kemalangan menyebabkan Toyota Vios itu terbalik di bahu jalan selain remuk di depan.

“Mangsa terperangkap di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan manakala rakannya dikeluarkan orang awam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mat Jusoh berkata, pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sarikei.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan mati jam 9.49 malam, manakala rakannya yang menerima rawatan di hospital sama dilaporkan stabil,” katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com