Ahli Parlimen Selayang Letak Jawatan, Protes PKR Bincang Kerjasama Dengan PAS


KUALA LUMPUR  – Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen mengumumkan perletakan jawatan­nya sebagai ahli Biro Politik PKR berikutan tidak puas hati dengan kepemimpinan parti itu meneruskan perbincangan kerjasama dengan PAS.

Menurutnya, be­­liau telah me­nye­rahkan surat pe­­­le­ta­kan ja­watannya kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail kelmarin.

“Saya berbuat demikian (letak jawatan) kerana tidak setuju dengan pendekatan PKR un­tuk me­ne­rus­kan per­bin­­ca­ngan de­ngan PAS  se­­te­lah se­belum ini par­ti itu telah meng­u­mumkan kerjasa­ma­nya dengan UMNO.

“Presiden parti minta saya memikirkan semula tetapi saya tetap dengan keputusan untuk meletak jawatan sebab kalau ini adalah pendirian PKR, saya tidak bersetuju,” katanya ketika dihubungi akhbar tempatan semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, jawatannya sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR masih akan dikekalkan kerana telah dipilih oleh perwakilan.

“Saya akan terus berkhidmat sebagai ahli PKR, namun saya te­lah memaklumkan kepada mereka bahawa tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu majlis mengakui mereka mengadakan perbinca­ngan dengan PAS tanpa melibatkan parti komponen Pakatan Harapan lain dan menyifatkan ia ada tidak ada kena mengena de­ngan blok pembangkang.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan perbincangan de­ngan PKR berhubung pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) tidak akan berlaku biarpun Presiden parti PKR itu mahu kembali duduk semeja.

Mei lalu, Majlis Syura Ulama PASTase mengambil keputusan menamatkan hubungan tahaluf siyasi antara Pas dan PKR dengan serta merta.

Setiausahanya, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ketetapan itu dibuat dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Sumber : Utusan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com