Afifah Mohon Maaf Keluar, Pegang Tangan Suami Orang


KUALA LUMPUR – Hampir dua minggu dikecam sebagai perosak rumah tangga orang, pelakon Afifah Nasir akhirnya mengakui kesilapannya kerana keluar dengan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras di sini pada 27 Julai lalu.

Afifah berkata, dia hanya memenuhi permintaan pihak produksi supaya melayani Aliff bagi memastikan pelakon itu hadir pada sesi penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Pelakon baharu yang juga adik kepada artis Anzalna itu menjelaskan dia bukanlah perempuan jahat jauh sekali mahu merosakkan rumah tangga Aliff bersama isterinya, Dayang Ara Nabellah, Awang Astillah, 23, atau nama glamornya, Bella.

“Saya mengaku bersalah kerana membenarkan Aliff memegang tangan saya. Atas kesalahan itu saya memohon maaf. Saya faham keadaan Bella dan tidak menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku,” kata Afifah pada sidang akhbar di pejabat guaman Ahmad Deniel Ruben & Co. Publika di sini semalam.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com