Abdul Hadi Dikunjungi Pimpinan Tertinggi PKR


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam semalam, menerima kunjungan ziarah oleh pimpinan PKR.

Menerusi satu perkongsian gambar di Facebooknya, Hadi kelihatan bergambar bersama Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, beserta Timbalannya, Datuk Mohamed Azmin Ali dan seorang lagi pimpinan PKR.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung di Kuala Lumpur.

"Menerima kunjungan ziarah oleh pimpinan PKR pada malam ini di Kuala Lumpur," begitulah kenyataan ringkas yang dipetik menerusi Facebook Abdul Hadi.

Seperti diketahui umum, Pas kini menerajui politik blok ketiga, dan pertemuan ini dilihat selari dengan amalan politik Pas yang mengamalkan konsep politik matang.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com