5 Rakyat Malaysia Selamat Dalam Kebakaran Dubai


PUTRAJAYA – Lima orang rakyat Malaysia yang mendiami Torch Tower di Dubai selamat daripada kebakaran yang berlaku pada 12.45 tengah malam waktu tempatan pada Jumaat.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di alamat 83 Street 10D, Mankhool, Bur Dubai, P.O. Box 4598, Dubai, United Arab Emirates atau melalui telefon +971-4-3985 843 atau e-mel mwdubai@kln.gov.my

“Kementerian Luar menyampaikan rasa simpati yang amat mendalam kepada mangsa yang terlibat dalam insiden itu,” katanya.

Menara tersebut merupakan bangunan kediaman tertinggi di Dubai.

Pihak berkuasa berkata tiada kecederaan dilaporkan dan penghuni bangunan 86 tingkat itu telah dipindahkan.

Ia merupakan kebakaran kedua di menara itu selepas yang pertama pada 2015. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com