3 Sekeluarga Simpan Syabu Lebih RM15,000 Di Miri


MIRI - Kerani wanita dan dua lelaki ditahan polis di sebuah kediaman di Jalan Krokop, pagi semalam kerana dipercayai memiliki dadah jenis syabu.

Wanita berusia 24 tahun ditahan bersama dua lelaki berusia 50 tahun dan 55 tahun kerana memiliki dadah bernilai RM15,536.00 disembunyikan di kediaman mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritanden Stanley Jonathan Ringgit, berkata serbuan dilakukan jam 10 pagi dan polis menjumpai sejumlah 79.84 gram ketulan kristal, dipercayai dadah jenis syabu di kediaman itu.

"Dua daripada suspek yang ditahan ialah anak beranak dan seorang lagi ada pertalian keluarga," katanya.

Beliau berkata, seorang suspek didapati positif dadah, manakala dua yang lain disahkan negatif dadah.

Katanya, semua suspek akan didakwa di bawah Seksyen 39B, 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com