2 Jahanam Jalankan Jenayah Samun Di Kedai Serbaneka Kecundang


KAJANG - Dua sahabat yang giat melakukan samun kedai serbaneka di daerah ini, kecundang di tangan polis hanya kira-kira sejam selepas merompak sebuah kedai 24 jam di Anggerik Perdana di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek ditahan anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu, Jumaat lalu.

Menurutnya, suspek berusia 18 dan 19 tahun ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan pada kedua-dua suspek menemui pelbagai kotak rokok yang disimpan dalam beg sandang, dipercayai dicuri dari kedai serbaneka 24 jam yang disamun.

“Terdahulu, kira-kira jam 3.30 pagi, polis menerima laporan daripada pekerja sebuah kedai serbaneka memaklumkan premis mereka disamun dua lelaki memakai topi keledar tutup penuh muka dan berbaju lengan panjang putih. Suspek bersenjatakan kayu mengambil pelbagai rokok dan terus melarikan diri menggunakan sebuah motosikal,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, kelmarin.

Dzaffir berkata, suspek dibawa ke IPD Kajang untuk siasatan lanjut dan direman sehingga Rabu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com