13 Guru Di India Hina Bapa Kemerdekaan Ditahan


DHAKA - Tiga belas guru Bangladesh dituduh menghasut berhubung kertas peperiksaan yang menyamakan penunjuk perasaan dengan tokoh kemerdekaan negara itu.

Mahkamah di Bashkhali, tenggara negara itu mengarahkan mereka ditahan kerana memfitnah bapa kemerdekaan Sheikh Mujibur Rahman yang juga bapa kepada Perdana Menteri ketika ini, menurut pendakwa Bikash Ranjan Dhar.

Jika didapati bersalah, semua guru itu mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup, katanya.

"Apa yang mereka tulis dalam kertas peperiksaan adalah hasutan," kata pendakwa raya.

Semua guru itu adalah ahli kepada persatuan sekolah menengah tempatan, didakwa membuat kertas soalan memuji pegawai pembangkang, Liakat Ali yang mengetuai beribu-ribu penduduk menentang pembinaan loji janakuasa arang batu yang dibiaya dengan pinjaman dari China, pada Mac 2016.

Tunjuk perasaan itu adalah antara bantahan isu alam sekitar terbesar dalam sejarah negara terbabit, ia mengakibatkan empat terbunuh dengan berpuluh-puluh yang lain cedera. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com