YDP DPMM Perak Didakwa Perdaya Projek Pembangunan Tanah


IPOH - Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak, Sabri Ahmad Tah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdaya seorang individu sebanyak RM150,000 pada Julai 2014.

Sabri dituduh memperdaya Datuk Allan Chuah Chin Lai melibatkan projek pembangunan tanah dan pasir di Kampar dengan keluasan kira-kira 108 hektar.

Chin Lai dijanjikan akan mendapatkan projek tersebut untuk dibekalkan kepada pembangunan bangunan kerajaan di bawah NAZA TTDI kepada DPMM Perak dan Semarak Sinergi Sdn Bhd.

Sabri didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Maybank Cawangan Teluk Intan, di Medan Mahkota Jalan Ah Cheong, Teluk Intan pada 25 Julai 2014.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim S. Indra Nehru memerintahkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua orang penjamin dan 8 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan serahan dokumen dibuat kedua-dua pihak. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com