Warga Emas Maut Dihempap Pagar Besi


LELAKI warga emas maut selepas dihempap pagar besi ketika membaikinya di Jalan Dato Lundang, Kampung Bayam, Kota Bharu semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa, Zawahir Ismail, 65, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, kejadian disedari isteri mangsa yang berusia 61 tahun.

"Kematian mangsa tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan mati mengejut," katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com