Warden Trafik MPK Pantau Kesalahan Parkir, Sampah Di Perlis


KANGAR - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) memperkasa operasi penguatkuasaan tempat letak kenderaan dan masalah sampah di seluruh Perlis dengan pengenalan Warden Trafik MPK.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Mat Hassan berkata, unit bermotosikal MPK yang pertama di negeri itu akan memantau kesalahan pengguna kenderaan di 4,564 tempat letak kenderaan kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

"Buat masa ini, Warden Trafik MPK yang merupakan anggota penguat kuasa akan menggunakan empat motosikal terlebih dahulu dan akan ditambah berdasarkan keperluan semasa.

"Selain memantau kesalahan di tempat letak kenderaan, mereka juga akan menegur dan menasihati rakyat negeri ini yang membuang sampah merata-rata.

"Namun, bagi kesalahan membuang sampah, tiada notis saman akan dikeluarkan bertujuan mendidik pelakunya pada peringkat awal," katanya kepada pemberita di Bangunan MPK di sini hari ini.

Mat Hassan berkata sedemikian pada majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Tempat Letak Kenderaan Berkupon hari ini.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com