Wanita Warga Emas Ditemui Mati Di Sitiawan


SITIAWAN - Seorang wanita warga emas ditemui mati di kawasan perumahan Taman Sejati di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, mayat wanita itu dijumpai penduduk taman yang mencari punca bau busuk di  kawasan  tersebut sebelum mereka menemukan mayat tersebut terbaring di atas rumput pada kira-kira pukul 4.20 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata mangsa  R. Janagi, 87,  dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas.

"Anak mangsa telah melakukan pengecaman berdasarkan gelang, cincin, baju dan kasut yang dipakai mangsa mengesahkan mangsa adalah ibunya.

"Hasil bedah siasat bagaimanapun tidak menemui sebarang tanda-tanda kecederaan dan kes diklasifikasikan  sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan telah dituntut keluarganya, semalam. -BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com