Wanita Buat Parodi Beyonce Perkenal Anak Kembar


SEORANG ibu warga Ireland yang melahirkan anak kembar cuba meniru gaya penyanyi terkenal Beyonce memperkenalkan anak kembarnya Jumaat lalu.

Walaupun memakai persalinan dan lokasi yang berbeza, tetapi Sharon Kellaway mengikut setiap gaya Beyonce.

Ibu kepada pasangan kembar itu bergambar di belakang rumahnya di Cork, Ireland sambil memakai selimut warna merah jambu bermotifkan burung hantu dan kasut Converse.

Menariknya, gambar tersebut dirakamkan oleh anak perempuan Kellaway yang berusia enam tahun, sebelum ia tular di media sosial.

Kellaway sebenarnya melahirkan pasangan kembar, masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan pada awal tahun ini, tetapi dia mahu membuat parodi berdasarkan gambar Beyonce.

Dia beranggapan gambar penyanyi tersebut kelihatan tidak begitu realistik.

Berkongsi gambar tersebut di Facebook, Kellaway menulis: "Saya tertanya-tanya berapa keping gambar Beyonce diambil untuk mendapatkan yang terbaik?"

"Anak saya berusia enam tahun mengambil gambar-gambar ini, dia tiada kelayakan tetapi masih melakukan dengan bagus," tambah Kellaway. 

Sumber: Mail Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com