Vietnam Lapor Wabak H5N1


PARIS - Vietnam melaporkan wabak selsema burung patogenik tinggi H5N1 dalam unggas di wilayah utaranya di Ha Nam, kata Pertubuhan Kesihatan Haiwan Dunia (OIE) berpusat di sini kelmarin. 

Memetik laporan Kementerian Perladangan negara itu, virus itu dikesan di sebuah lokasi ternakan yang memiliki 1,135 unggas. 

Ia menyebabkan sejumlah 300 unggas mati dengan bakinya dimusnahkan, kata laporan.

 Jenis unggas bagaimanapun tidak disebut dan sumber penyakit tidak diketahui. 

Vietnam adalah sebuah daripada sejumlah negara di Asia, Eropah dan Afrika yang menyaksikan virus selsema burung merebak sejak beberapa bulan kebelakangan ini. 

Virus hanya menjejaskan unggas, namun jenis H7N9 boleh menjangkiti manusia dan merekodkan kematian di China. -Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com