VIDEO Tular: Bini Orang Kantoi Dicekup Bersama Mat Bangla Di Kedah?


ALOR SETAR – Video seorang wanita ditangkap berdua-duaan dengan seorang pendatang asing warga Bangladesh menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Taman Jubli, di sini, wanita terbabit yang juga merupakan isteri orang dicekup orang ramai setelah menerima laporan daripada penduduk di kawasan tersebut.

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 39 saat, wanita tersebut pada mulanya dilihat cuba mempertahankan lelaki warga asing berkenaan dengan cuba melindungi wajah lelaki dipercayai warga asing itu.

Malah dia turut dilihat cuba menolak beberapa kali individu yang merakam kejadian berkenaan.

“Ada lelaki tapi ikut jantan lain, bodoh,” ujar lelaki yang dipercayai merakam video berkenaan.

Wanita itu kemudian mendakwa teman lelakinya itu merupakan seorang individu yang baik, sopan dan lebih bagus berbanding suaminya.

Tidak setakat itu, dia turut mempersoalkan mengapa hanya golongan lelaki sahaja yang boleh ‘diterima’ melakukan maksiat berbanding golongan wanita.

“Lelaki buat semua boleh saja tapi kalau perempuan buat semua salah,” kata wanita itu dalam loghat utara.

Tambah wanita berkenaan, tindakannya itu adalah atas kerelaan dirinya sendiri untuk mengikut teman lelakinya ke rumah kosong terbabit.

Sementara itu netizen yang menyaksikan rakaman rata-ratanya mengecam teruk perlakuan biadap wanita itu yang secara jelas telah meruntuhkan rumah tangganya.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan wanita itu sememang seorang yang jahil tentang agama Islam dan memalukan martabat kaum hawa. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com