UTC Perlis Beroperasi Pertengahan September Ini


KANGAR - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis yang terletak di pusat bandar di sini dijangka akan mula beroperasi pada pertengahan September ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata pembinaan kemudahan UTC itu kini sudah siap 70 peratus serta perkembangannya berjalan dengan lancar mengikut jadual, malah ada sebahagian aspek yang sudah siap lebih cepat dari jangkaan.

"Dijangka semua agensi yang terlibat akan mula masuk ke bangunan itu bermula 1 Ogos ini untuk membuat persediaan bagi menawarkan perkhidmatan masing-masing,”katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri  di Dewan Warisan, di sini, hari ini.

Beliau berkata perasmian UTC berkenaan akan disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan perdana menteri ke negeri itu, September ini. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com