Uqasha Senrose Lega Watak Jahat Disambut Positif Penonton


PELAKON cantik, Uqasha Senrose sememangnya tidak menyangka lakonan watak antagonisnya sebagai Puteri menerusi drama Hero Seorang Cinderella (HSC) diterima baik para peminatnya.

Menurut pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Senrose, dia merasa lega sebaik sahaja mengetahui respon penonton terhadap lakonannya.

“Sebenarnya saya berasa gementar untuk menjadi Puteri kerana tidak tahu apa tanggapan dan reaksi penonton terhadap lakonan saya.

“Dalam lakonan kita perlu merasai dan menjiwai karakter yang diberikan jadi perkara itulah yang saya lakukan.

“Tak sangka lakonan itu mendapat banyak komen positif dan bila saya bawa watak jahat ramai orang suka,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai karakternya, Uqasha memberitahu dia ada membuat persiapan sebelum melakonkan watak tersebut.

“Sebagai seorang pelakon kita perlu mengenali karakter yang diberikan dan sebab itu saya ambil inisiatif untuk mengkaji watak Puteri.

“Bagi saya, ‘homework’ mengenai sesuatu watak perlu dilakukan supaya kita memahami karakter yang dilakonkan,” ujarnya lagi. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com