Ular Sawa Batik Seberat 15 Kilogram Ditangkap Di Kolam Itik


KLANG - Seekor ular sawa jenis batik seberat 15 kilogram dan sepanjang 2.7 meter berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) ketika sedang ingin memakan itik keduanya di sebuah kolam ternakan di Jalan Langat Klang di sini semalam.

Kehadiran ular itu disedari oleh salah seorang pekerja kolam perternakan itu pukul 7.55 pagi sewaktu ingin memberikan makanan kepada haiwan terbabit.

Komander Operasi, Mohd. Shahrir Musa berkata, sepasukan anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.57 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian pukul 8.11 pagi mendapati ular tersebut bersembunyi di dalam air kolam tersebut.

"APM terpaksa menunggu sehingga 15 minit sebelum reptilia itu muncul dan berjaya menangkapnya menggunakan penjerut.

"Kita percaya ular itu telah berjaya makan seekor itik di kolam itu berikutan keadaan perutnya yang besar," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. 

Sumber: Kosmo Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com