Tular Cerita Gadis Dengan Anjing, Ini Jawapan Ustaz Azhar Berkenaan Isu Bela Anjing


Kita tahu bahawa anjing adalah binatang yang sangat menyeronokkan untuk dipelihara, namun dalam Islam banyak sekali perkara haram berkenaan bersentuhan dengan anjing. Jadi, apakah hukum membela anjing dari sudut pandangan Islam?

Memelihara anjing boleh mengundang kontroversi kerana pandangan Islam sangatlah banyak menyentuh hal ini, seperti baru-baru ini tular kisah tentang seorang gadis dan anjingnya di Facebook dan mendapat kecaman netizen, kerana itulah kita harus lebih berhati-hati dalam memandang hal tersebut.

Kita perlu melihat lebih jauh mengenai hal ini bukan hanya dari pandangan orang awam saja, tetapi kita perlu melihat mengenai hal memelihara anjing seperti yang terdapat dalam Nas sebagai petunjuk hukum yang paling tepat.

Ustaz Azhar Idrus berkata, dalam Islam, berkenaan anjing ada ditetapkan hukum tersendiri. Tidak menjadi hukum hanya haram apabila ia dipelihara, tidak juga menjadi hukum boleh pelihara ia sesuka hati. Diharuskan membela anjing kerana beberapa tujuan sahaja.

Bagi tujuan untuk menjaga ternakan adalah dibolehkan. Orang Arab, mereka tidak hanya membela hanya berbelas ekor kambing seperti kita, namun beribu-ribu ekor, jadi mereka gunakan anjing untuk mendorong kambing ke padang, pada petangnya mereka gunakan anjing lagi untuk mendorong kambing pulang, maka hukumnya adalah harus.

Selain itu, dibolehkan juga membela anjing untuk tujuan menjaga kebun atau rumah bagi mengelakkan dari kecurian. Dalam situasi ini diharuskan kerana tujuan membela anjing adalah untuk menjaga harta.

Apabila kita gunakan anjing untuk menjaga ternakan, kebun, atau rumah, maka ada syarat lain lagi iaitu tidak boleh membela atau membawa anjing di dalam rumah dan tidak boleh melepaskan masuk ke pagar rumah atau harta orang lain. Mesti meletakkan anjing dibelakang rumah, tidak boleh di hadapan. Jadi, ada peraturan sendiri yang tidak boleh sesuka hati langgar yang masih perlu dipatuhi walaupun dibenarkan anjing

"Di Johor, ada satu tempat untuk melatih anjing. Anjing akan diajar cara menjaga rumah, mengejar pencuri, yang berharga beribu-ribu seekor.

"Kalau bela anjing buat perhiasan, maka setiap hari kurang pahala 1 Qirat (sebesar Bukit Uhud). Jadi kalau sehari pahala sebesar Bukit Uhud hilang, pahala amal kita hanya sebesar jari kelingking pula, jadi tiada pahala yang tinggal di akhirat nanti. 

"Mahu bela anjing boleh, jangan letak dalam rumah, bela jika darurat sahaja," kata Ustaz Azhar Idrus seperti dipetik dalam rakaman ceramahnya di Youtube.

Jadi, penjelasan yang kami kongsikan di atas sudah jelas tentang bagaimana hukum membela anjing dalam Islam. Sekalipun kita boleh membela anjing, masih ada syarat-syarat yang kita perlu patuhi. Selain itu, seboleh-bolehnya jangan dimuat-naik apa-apa foto yang boleh mengundang fitnah orang lain untuk kebaikan bersama.

Sumber : Laicikang.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com