Tuff Bikers Penang Hantar 15 Peserta Harungi Cabaran


BUKIT MERAH - Dalam setiap kejohanan Mountain Bike sebuah pasukan dari utara tanah air, Tuff Bikers Penang, pasti tidak melepaskan peluang beraksi dan memberikan saingan dengan menghantar sebanyak mungkin ahli kelab.

Pengerusi Tuff Bikers Penang Mohd Fahmi Ariffin berkata, tidak terkecuali kejohanan anjuran Harian Metro apabila pihaknya pasti menghantar wakil untuk bersaing dan bagi saingan kali ini, 15 ahli kelabnya sudah mendaftar.

Menurutnya berikutan kejohanan pertama di Bukit Merah, Perak agak berhampiran dengan Pulau Pinang, pihaknya bercadang menghantar sebanyak mungkin ahli kelab untuk menyertai kejohanan ini.

“Setakat ini 15 peserta kelab sudah mendaftar dalam beberapa kategori. Antara taruhan kelab kami ialah Shawal Ashraf, 33, yang mengambil bahagian dalam kategori Terbuka Lelaki,” katanya.

Fahmi berkata, biarpun pelumba kelabnya belum pernah menaiki podium namun antara kejayaan terbesar yang boleh dibanggakan apabila ada ahli pasukan berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik kategori Lelaki Terbuka dan Senior sebelum ini.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com