Tiada Kenaikkan Harga Ayam Ketika Aidilfitri


PASIR MAS 18 Julai - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) tidak menerima sebarang aduan berhubung kenaikan harga kawalan terutama ayam sepanjang sambutan Aidilfitri lalu.

Pengarah PPDNKK negeri, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, kejayaan itu hasil inovasi yang diperkenalkan oleh pihaknya dengan menjalinkan kerjasama dengan pemborong ayam di negeri ini.

Menurutnya, keberkesanan tersebut turut disokong oleh pengorbanan kakitangan pejabat itu yang bertugas sepanjang tempoh perayaan.

“Insya-Allah kita akan teruskan lagi inovasi ini bagi memastikan pengguna dapat menikmati barangan pada harga yang rendah,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Rumah Terbuka Aidilfitri PPDNKK daerah ini di sini hari ini.

Sambutan Aidilfitri tahun lalu mencipta sejarah apabila seekor ayam dijual dengan harga sekitar RM30 di negeri ini dan ia merupakan harga yang paling tinggi.

Sumber: Utusan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com