Terpaksa Jual Rumah Demi Besi Tulang Belakang Anak


ALOR SETAR - Seorang bapa kini buntu memikirkan nasib anaknya Mohd Akmal, 21, yang perlu menjalani pembedahan bagi menggantikan dengan besi tulang belakang selepas disahkan menghidap penyakit tibi tulang.

Md Lazim Hamid, 58, berkata, berkemungkinan besar dia terpaksa menjual rumah kerana kos pembelian dan bedah adalah mahal, endapatannya dan isteri, Che Yam Husain, 51, hanya bergantung kepada upah menoreh getah sahaja.

“Tengoklah macam mana, mungkin saya terpaksa jual rumah ini,

"Doktor beritahu kos besi itu berharga RM14,840 dan kami diminta sediakan duit banyak itu.

"Manalah kami nak cari duit banyak itu. Kalau terpaksa jual rumah ini kena jugalah. Itu pilihan akhir yang ada," katanya.

Keluarga yang tinggal di Kampung Lubuk Tualang, Sik itu telah memohon bagi mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Sik masih dalam proses.

Anaknya, kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani setelah  terlibat kemalangan motosikal tetapi tidak mengalami kecederaan teruk.

"Dia luka-luka saja dan adu sakit tulang belakang. Selama hampir dua bulan, anak cuma bergantung pada ubat tahan sakit yang diberikan Hospital Sik.

"Tapi dia masih adu sakit dan kemudian saya serta keluarga hantar mengurut cara kampung. Cara itu pun tak berkesan," katanya.

Keadaan menjadi bertambah parah dua hari sebelum Aidilfitri kerana anaknya tidak mampu berjalan lagi.

“Langsung tak boleh jalan dan hanya terlantar sakit di rumah. Waktu itu kami pun tak tau kenapa jadi macam tu.

“Sebab teruk sangat, kawan-kawan dia hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan disahkan hidap sakit tibi tulang,” katanya.

Untuk bantuan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 02115-29-00008831-1 atas nama Che Yam Husain.

Orang ramai juga boleh hubungi Md Lazim Ahmad di talian 013-5248538 atau Muhammad Asri Salleh di talian 019-5156535. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com