Tentera Syria Rampas Telaga Minyak Di Kawasan Daesh


BEIRUT - Tentera Syria dibantu pasukan militia yang mendapat sokongan Iran menawan telaga minyak baharu di kawasan padang pasir di barat daya wilayah Raqqa dalam usaha menentang militan Daesh.

Media tempatan melaporkan, tentera Syria mengesahkan berjaya merampas telaga minyak al Daylaa bersama telaga gas Zamla di wilayah terakhir yang cuba dipertahankan oleh Daesh beberapa minggu lalu.

Sabtu lalu, tentera mengesahkan mereka merampas kembali telaga minyak Wahab, al Fahd, Dbaysan, al-Qseer, Abu al Qatat dan Abu Qatash serta beberapa kampung lain di padang pasir barat daya wilayah Raqqa.

Kebanyakan telaga minyak Syria terletak di timur laut Hasaka, wilayah dikuasai militia Kurdis YPG, termasuk di Raqqa. Militan Daesh banyak kehilangan kawasan di wilayah itu.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, tentera Syria kini berada di pinggir pergunungan Bushra, kawasan persembunyian utama militan, kira-kira 55 kilometer di barat kota Deir Zor. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com