Tak Mahu Anak Perempuan, Wanita Dipaksa Gugur Empat Kali Mati


BEIJING - Seorang wanita maut selepas dipaksa menggugurkan kandungannya empat kali dalam setahun semata-mata kerana suaminya mahukan anak lelaki.

Wanita bernama Yueyue itu dipaksa menggugurkan kandungan setiap kali ujian imbasan menunjukkan dia hamil anak perempuan, lapor media China. Lebih teruk lagi apabila suaminya menceraikannya awal tahun ini selepas Yueyue jatuh sakit akibat prosedur perubatan itu.

Huanqiu.com melaporkan, Yueyue yang mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun berusaha mendapat anak lelaki untuk suaminya.

Malangnya selepas mendapati kandungannya sekali lagi anak perempuan, Yueyue diarahkan menggugurkannya dan mereka mencuba lagi, namun perkara sama berulang sehingga dia menjalani prosedur berkenaan empat kali tahun lalu.

Apabila Yueyue sakit, suaminya menceraikannya sebelum menggunakan wang pampasan 170,000 yuan (RM108,000) untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Shanghai tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan pengguna Internet yang menganggap bekas suami itu patut dipertanggungjawab atas kematian Yueyue.

“Kahwin 18 isteri sekalipun dia tidak akan mendapat anak lelaki,” kata seorang pengguna Weibo.

Polis kini menyiasat kes itu. 

Sumber: Daily Mail

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com