Tahanan Lolos Mungkin Di Luar P. Pinang


PULAU PINANG - Seorang tahanan kes dadah yang berjaya meloloskan diri dalam kejadian di Bayan Lepas di sini awal pagi Ahad lalu dipercayai sudah meninggalkan negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, ini kerana pihaknya telah menjejaki suspek lebih 48 jam di semua kawasan dan tempat kegiatan pengedaran dadah termasuk di Kedah.

“Kita berharap dia belum keluar dari Malaysia dan sekiranya suspek itu bertindak melarikan diri menggunakan laluan haram, kita telah maklumkan polis di Thailand dan Indonesia untuk mengesannya,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka UMNO negeri di sini semalam.

Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, seorang tahanan berusia 47 tahun dilaporkan lolos dengan tangan bergari ketika didakwa dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan bersama dua tahanan lain.

Ditanya jumlah suapan diterima anggota polis itu, Ghee Lye berkata, pihaknya telah memperoleh beberapa maklumat tersebut namun belum boleh mendedahkannya memandangkan siasatan sedang dijalankan. 

Sumber: Utusan Online


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com