Sultan Nazrin Sekeluarga Ceria Menaiki MRT


KUALA LUMPUR – Ketika pembangkang dan portal antikerajaan memperlekehkan projek Transit Aliran Massa (MRT) dengan pelbagai tohmahan, foto ini tentu menceritakan kisah sebaliknya.

Beberapa gambar memaparkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli berangkat merasai sendiri pengalaman menaiki perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang, menarik perhatian ramai netizen.

Imej berkenaan yang turut dikongsi menerusi akaun Facebook Kelab ADUN Perak pada Sabtu itu memaparkan baginda sekeluarga ceria santai diiringi oleh beberapa petugas MRT tanpa sebarang protokol yang agak ketat.


Ia turut menunjukkan keberangkatan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan dua anakanda baginda, Raja Kechil Besar Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya yang bersama-sama menikmati tren itu.

Catatan menerusi akaun Facebook itu menyaksikan sambutan positif dari kalangan rakyat apabila menerima lebih 3,000 tanda suka tidak sampai empat jam disiarkan selain hampir 2,000 kali perkongsian dan ratusan komen.


Seorang netizen, Thahara Ibrahim memuat naik komen: “Rugi masa kali pertama naik MRT tak bertembung dengan Tuanku. Kalaulah bertembung, pasti patik hadiahkan sebekas sambal hijau petai cili padi yang patik buat sendiri.

“Masa tu patik kebetulan buat penghantaran kepada beberapa pelanggan yang menempah. Rindu suasana kampung semasa pernah tinggal di Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar. Daulat Tuanku!”

Sementara itu, Camelia Yaya pula memuat naik komen: “Sama macam ibu bapa lain, Tuanku dan Permaisuri memenuhi permintaan anakanda berdua untuk merasai sendiri pengalaman menaiki MRT. Allahu Akbar.”


Rasa kagum terhadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong itu juga diungkapkan Cekgu Nik dengan komen: “One of brilliant Sultan in Malaysia (Salah seorang Sultan yang bijaksana di Malaysia)… berpendidikan mencintai ilmu.”

Manakala netizen bernama M. Hafiz Samad pula memuat naik komen: “Orang dengan gelaran yang sangat tinggi pun hendak merasa sendiri macam juga rakyat biasa… betul tak?” – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com