SPRM Kedah Rampas Harta RM9 Juta, Tahan 12 Pegawai Kerajaan Dalam 6 Bulan


ALOR SETAR - Hampir RM9 juta wang tunai dan aset  dirampas dan disita sementara 12 pegawai kerajaan ditahan  oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya,Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, sepanjang enam bulan ini, sejumlah  29 individu termasuk penjawat awam ditahan berbanding tempoh sama pada tahun lalu, sebanyak 44 individu ditahan de­ngan sitaan harta hampir RM2 juta

Menurut beliau siasatan SPRM dalam tempoh enam bulan  itu menjurus kepada kes berprofil tinggi yang membawa nilai rampasan wang serta sitaan harta yang lebih tinggi berbanding tahun lalu.

“Walaupun kesan pelaksanaan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dilancarkan pada Mei lalu masih belum dapat dilihat,  namun melihat trend kes sofiskated yang siasatan kita pada tahun ini, jelas dilihat nilai rampasan harta yang diperoleh adalah lebih tinggi, ” katanya pada pemberita di Majlis Rumah Terbuka SPRM di sini semalam.

Sementara itu menurut beliau,  siasatan terhadap dua anggota polis berpangkat koperal berusia 34 dan 37 tahun  masih diteruskan walaupun kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Sabtu lepas.

“Selain itu , kita juga masih menyiasat pengadu yang disyaki peminjam wang haram (ah long) atas dakwaan memberi rasuah sebanyak RM1,290 kepada kedua-dua anggota polis berkenaan pada 11 April lalu.

“ Kedua-dua kes ini adalah sama, kita masih menjalankan siasatan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM. Selepas siasatan lengkap, kita akan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada boleh meneruskan pendakwaan atau tidak,” ujarnya.

Pada 6 Julai lalu media arus perdana me­laporkan dua anggota polis yang menerima sijil penghargaan kerana menolak suapan, ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes meminta rasuah sebanyak RM10,000 daripada ah long sebagai habuan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pengadu terbabit.

Dua anggota polis daripada IPD Kuala Muda menerima sijil penghargaan kerana menolak wang rasuah daripada dua lelaki yang membawa poster pinjaman wang ceti haram.

Mereka menolak wang rasuah RM1,290 yang ditawarkan selepas menahan ceti haram tersebut ketika melakukan rondaan harian di sekitar pusat beli belah terkenal di Bandar Amanjaya, di sini pada 11 April lepas. - Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com