SPR Tak Mahu Campuri Urusan ROS-DAP


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) menegaskan, pihaknya tidak mahu campur tangan dalam urusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkaitan isu calon DAP yang berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding pada PRU14.

Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, pihaknya hanya akan membuat keputusan selepas isu antara DAP dengan ROS diselesaikan.

"Masalah antara DAP dengan ROS ini membabitkan undang-undang.

"Oleh itu, sebelum ROS membuat sebarang keputusan muktamad, adalah terlalu awal untuk pihak SPR   membuat sebarang komen mengenai hak kelayakan calon DAP berkenaan," katanya ketika seperti mana yang dipetik daripada akhbar China Press.

Menurut Mohd Hashim, biarlah DAP menyelesaikan masalah mereka terlebih dahulu kerana SPR tidak mahu campur tangan dalam urusan ROS.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, DAP dikehendaki mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu, ekoran pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 dianggap tidak sah.

Katanya, beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kemudian menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil ROS haruslah berlandaskan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan DAP.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com