Sering Dilihat Bersama, Ruhainies Nafi Pelakon Baru Itu Kekasihnya


Hubungan rapat Ruhainies dengan seorang pelakon baharu Asyraf Aley menjadi tanda tanya apabila pasangan ini sering kelihatan bersama di majlis hiburan.

Malah, kedua-dua mereka juga sering memuat naik foto di laman sosial Instagram seolah-olah seperti pasangan yang baru bercinta.

Bagaimanapun, Ruhainies ketika diminta mengulas perkara itu menafikan sedang menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan pelakon Jejak Karmila itu.

"Asyraf hanya kawan rapat tapi bukan kekasih saya. Saya kenal dia sudah lama tapi kami baru rapat selepas digandingkan sebagai pasangan hero dan heroin dalam drama Jejak Karmila.

"Saya ni seorang yang susah nak rapat dengan orang, saya kawan dengan dia sebab dia seorang yang baik," ujarnya.

Ruhinies mengulas tentang hubungannya dengan pelakon Asyraf Aley yang dikatakan sedang hangat bercinta.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Hello Mr Perfect ini ditemui pada majlis sambutan hari jadi ke-25 yang diadakan di Disenar Space, dekat sini, malam Sabtu.

Selain itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, berkata, dia juga tiada perancangan untuk berumah tangga buat masa ini.

"Saya tiada calon lagi dan saya juga rasa keluarga susah nak lepaskan saya berkahwin awal. Mana tidaknya, saya sangat rapat dengan keluarga dan jika tidak bekerja saya hanya duduk di rumah sahaja.

"Kalau saya berkahwin sekalipun saya mungkin akan tinggal berdekatan dengan rumah ibu bapa supaya senang saya nak balik," ujarnya.

Sementara itu ditanya tentang impiannya yang sudah tercapai pada usia 25 tahun, Ruhainies berkata, dia akan menghantar ibu bapanya menunaikan ibadah haji pada bulan depan.

Katanya, hasrat tersebut disimpan sejak mula menjejakkan kaki ke bidang lakonan dua tahun lalu.

"Alhamdulillah, akhirnya niat saya nak hantar ibu bapa menunaikan haji di Makkah tercapai dan Insya-Allah mereka akan bertolak bulan depan. Sebenarnya itu niat saya sejak mula masuk industri.

"Ia juga salah satu hajat yang perlu saya kotakan sebelum berkahwin, selain berhasrat ingin membelikan mereka sebuah rumah," ujarnya.

Sumber: mStar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com